Kunjungan Hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Chartered Institute of Public Finance and Accountancy (CIPFA)
![]() |
![]() |
![]() |
Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Chartered Institute of Public Finance and Accountancy (CIPFA), Owen Mapley pada hari ini di Putrajaya.
Hadir dalam kunjungan hormat tersebut adalah Pengurus Kanan CIPFA, Chris O’Neill dan Pengarah Keahlian dan Pendidikan CIPFA, Lindie Engelbrecht. Turut hadir adalah Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), YBrs. Tuan Haji Roslan Abu Bakar dan Pengerusi Eksekutif dan Rakan Kongsi Audit PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia, Puan Nurul A'in Abdul Latif.
Pelbagai cadangan kerjasama telah dibincangkan termasuk pembangunan kapasiti dan pengiktirafan juruaudit JAN oleh CIPFA dalam pelaksanaan audit prestasi dalam pelbagai bidang.