Ceramah Khas Penghayatan Ibadah Haji dan Ibadah Korban bagi Mengadaptasi Nilai-nilai Murni dalam Perkhidmatan Awam
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Bersempena dengan bulan Zulhijjah, Surau Al-Ibtisam Jabatan Audit Negara (JAN) telah menganjurkan satu sesi ceramah khas bertajuk Penghayatan Ibadah Haji dan Ibadah Korban bagi Mengadaptasi Nilai-nilai Murni dalam Perkhidmatan Awam. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhamad Afandi bin Che Harun, Iman Kanan Masjid W.P. Kuala Lumpur.
Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah meluangkan masa menghadiri sesi ini bersama-sama dengan barisan pengurusan tertinggi dan juga warga JAN.
Menghayati ibadah haji dan korban mengajar kita tentang keikhlasan, pengorbanan dan keadilan. Semoga kita semua dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan awam untuk membina organisasi yang lebih kuat dan berdaya saing yang seterusnya membawa perubahan positif kepada negara.