faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Kunjungan hormat daripada Pegawai Kewangan Negeri Melaka dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

 447783553 858990406273007 2604978956329384675 n  448020006 858990379606343 4621936713892517573 n  447988478 858990562939658 4606868750486389414 n 448161927 858990602939654 3796741196014278957 n 

 

Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi menerima dua kunjungan hormat pada hari Isnin, 10 Jun 2024.

Kunjungan hormat pertama adalah daripada Pegawai Kewangan Negeri Melaka, YB Datuk Salhah binti Salleh. Hadir sama dalam pertemuan tersebut adalah Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Puan Hjh. Patimah Ramuji; Pengarah Audit Kewangan, YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin @ Nordin; Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Puan Normelisa binti Mohd Ali dan Pengarah Audit Negeri Melaka, Puan Mahiran Abd Aziz.

Ini disusuli kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), YBrs. Encik Ahmad Zulqarnain Onn. Turut hadir adalah Ketua Jabatan Kewangan KWSP, Encik Ahmad Rizal Omar dan Ketua Jabatan Audit Dalam KWSP, Cik Zaini binti Shaari.

  • Dikemaskini pada: 11 Jun 2024
  • Cetak
  • 191

faqhubungimaklumbalaspeta