faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Jun 2024

 447796548 858480966323951 1222208152429104412 n  447867123 858480872990627 4693114732948698147 n  448047283 858480929657288 4049480260856769723 n 448162993 858480952990619 5487293273740163708 n 

 

Pada hari ini, Ketua Audit Negara YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah menghadiri Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Jun 2024 di Dewan De' Seri Indon PUSPANITAPURI, Putrajaya.

Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri memaklumkan mengenai Transformasi Penjawat Awam dimana kerangka tugas dalam perkhidmatan awam mesti berpaksikan keadilan dan amanah, dengan sifar toleransi terhadap rasuah.

YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa perubahan drastik amat diperlukan demi memastikan masa depan negara yang lebih cerah. Ketua Jabatan mesti bertindak tegas dan proaktif dalam membanteras salah laku dan rasuah.

Beliau juga menyentuh mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang membangkitkan isu dan penemuan audit saban tahun, namun perubahan sikap penjawat awam tetap diperlukan untuk memastikan integriti dan kemajuan negara diperkasakan.

  • Dikemaskini pada: 11 Jun 2024
  • Cetak
  • 130

faqhubungimaklumbalaspeta