faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kumpulan Wang Zakat, Fitrah, Baitulmal, Wakaf dan Lain-lain Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk)

 446599030 856727433165971 1834555802189751592 n 447489361 856727439832637 8304831940335601323 n  447956926 856727469832634 8846641943673301822 n   447984389 856727493165965 6792896962029135463 n

 

Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kumpulan Wang Zakat, Fitrah, Baitulmal, Wakaf dan Lain-lain Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi tahun berakhir 31 Disember 2022 pada pagi Jumaat, 7 Jun 2024 di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh.

Hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Pegawai Kewangan Negeri Perak, YB. Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Pn. Hjh. Patimah Ramuji; dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBrs. Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh.

Seusai mesyuarat berkenaan, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara sempat mengadakan pertemuan ringkas dengan Yang Dipertua MAIPk, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Annuar bin Zaini di pejabat beliau.

  • Dikemaskini pada: 11 Jun 2024
  • Cetak
  • 171

faqhubungimaklumbalaspeta