Program Ziarah Kasih
![]() |
![]() |
Seusai tiba di KLIA malam tadi, Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah menziarahi kediaman Pengarah Bahagian Susulan Audit JAN, YBrs. Encik Mohd Serjana Ibrahim di Putrajaya. Isteri En. Mohd Serjana telah meninggal dunia pada awal pagi Ahad di Hospital Kuala Lumpur. Turut serta adalah Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Pn. Hjh. Patimah Ramuji dan Pengarah Audit Kewangan, YBrs. En. Azunan Daud.
Datuk Ketua Audit Negara juga turut menyampaikan sumbangan daripada Tabung Kebajikan Jabatan Audit Negara dan sumbangan persendirian beliau. Semoga En. Mohd Serjana dan seluruh ahli keluarga tabah serta kuat menghadapi ujian dan detik yang sukar ini.