Lawatan Ke Tapak Projek Pembinaan Bangunan Gunasama Persekutuan Kota Bharu, Tunjong, Kelantan
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ketua Audit Negara YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan Bangunan Gunasama Persekutuan Kota Bharu, Tunjong, Kelantan sempena lawatan kerja beliau ke Negeri Kelantan pada 2 Jun 2024.
Turut serta dalam lawatan tersebut adalah YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Tuan Haji Jasri Kasim, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (ICU JPM) dan pegawai daripada Jabatan Audit Negara, Jabatan Kerja Raya Malaysia dan syarikat pemaju.