Majlis Penutup Kursus Asas Juruaudit W41 dan Penolong Juruaudit W29
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Penutup Kursus Asas Juruaudit W41 dan Penolong Juruaudit W29 telah disempurnakan oleh Ketua Audit Negara YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi pada hari ini, 31 Mei 2024 bertempat di Akademi Audit Negara, Bandar Enstek.
Turut hadir dalam majlis tersebut Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad; Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), YBrs. Tuan Haji Roslan Abu Bakar dan Pengarah Audit Kewangan, YBrs. Encik Azunan Daud.
Kursus tiga minggu yang bermula pada 13 Mei 2024 ini merupakan sebahagian syarat pengesahan pelantikan pegawai baru di Jabatan Audit Negara.
Sepanjang kursus berlangsung, semua pegawai telah diberi pendedahan dan kefahaman mengenai amalan, kaedah, prosedur pengauditan serta arahan dan pekeliling yang berkaitan. Ini termasuklah struktur organisasi Jabatan Audit Negara, tugas dan peranan serta tanggungjawab pegawai audit daripada aspek perundangan, peraturan dan arahan yang berkaitan dengan tugas pengauditan.