Lawatan Sambil Belajar Daripada Pelajar Fakulti Perakaunan, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pada hari ini, Jabatan Audit Negara (JAN) telah menerima lawatan sambil belajar daripada pelajar Fakulti Perakaunan, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School.
Lawatan tersebut disertai oleh seramai 80 orang pelajar UniKL Business School bersama 3 orang pensyarah. Para peserta telah diberikan taklimat pengenalan JAN oleh Encik Shamsul Shamdin, Timbalan Pengarah Audit Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa diikuti dengan sesi daripada Encik Eddy Herman Zaidel, Ketua Program Pengurusan Akademi Audit Negara mengenai pengauditan yang dilaksanakan oleh JAN.
Sesi seterusnya telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Daniel Mohd Nassir, Timbalan Pengarah Audit Bahagian Audit ICT berkenaan Digital Audit sebelum sesi terakhir mengenai Kerjaya di JAN oleh Encik Mohd Sallehhuddin Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
Semoga semua perkongsian dan taklimat yang diberikan dapat membantu para pelajar lebih memahami peranan dan fungsi JAN serta mencapai objektif lawatan.