Majlis Penyerahan Surat Kuasa Kepada Firma Audit Swasta
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ketua Audit Negara YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Kuasa Kepada Firma Audit Swasta pada hari ini di ibu pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), Putrajaya. Turut hadir bersama adalah YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan pengarah-pengarah Sektor Audit Kewangan.
Dalam majlis tersebut, sebanyak 24 Firma Audit Swasta telah menerima Surat Kuasa daripada YBhg. Datuk Ketua Audit Negara.
Dalam amanat beliau, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara menekankan aspek komitmen daripada semua Firma Audit Swasta yang telah dipilih untuk melaksanakan pengauditan dengan penuh rasa tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti selaras dengan kehendak dan aspirasi pemegang taruh JAN dan selaras dengan kuasa yang diberikan menurut Seksyen 7 Akta Audit 1957 [ Akta 62 ].