Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pejabat Ketua Audit Negara dengan kerjasama Surau Al-Ibtisam Jabatan Audit Negara telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat pada hari Selasa, 28 Mei 2024.
Majlis dihadiri oleh YBhg. Datuk Ketua Audit Negara, Timbalan-Timbalan Ketua Audit Negara serta pegawai-pegawai kanan JAN. Majlis turut disertai oleh lebih 100 orang warga jabatan seluruh negara yang mengikuti majlis secara dalam talian. Bacaan Yasin dan doa selamat dipimpin oleh Tuan Haji Badiuzzaman bin Mohd Pakir.
Majlis ini diadakan bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan kepada warga jabatan dan ahli keluarga yang sedang ditimpa musibah dan sakit serta memohon kelancaran proses pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang pada bulan Julai 2024.
Dalam ucapan ringkas sebelum majlis bermula, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara sempat menyampaikan pesanan dan ingatan kepada semua warga jabatan untuk sentiasa menjaga kesihatan dan diri masing-masing dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan.