faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Peluncuran Global Forum of Islamic Economics and Finance (GFIEF)

 441573331 850243850480996 4132083585474750619 n  441577217 850243763814338 7946687637282244819 n 441577499 850243903814324 2563529507382656687 n 442507099 850243917147656 6092141836088445375 n 

 

Pada pagi ini, Ketua Audit Negara YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah menghadiri majlis peluncuran Global Forum of Islamic Economics and Finance (GFIEF) yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur Convention Centre. Turut hadir adalah YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin @ Nordin, Pengarah Audit Kewangan.

Forum dengan tema ‘Shaping a Resilient Global Islamic Economy Through Values-based Reforms’ anjuran Bank Negara Malaysia ini mengumpulkan penggubal dasar, pemimpin perniagaan dan penyedia perkhidmatan kewangan daripada seluruh dunia yang terlibat dalam perbincangan dan kerjasama untuk membina masa depan ekonomi dan kewangan Islam.

Adalah menjadi peranan Jabatan Audit Negara (JAN) sebagai semak dan imbang bagi memastikan inisiatif Kerajaan ini dilaksanakan oleh Agensi Kerajaan dan Majlis Agama Islam dengan teratur seterusnya mencapai objektif pembangunan ekonomi dan kewangan Islam di Malaysia.

  • Dikemaskini pada: 29 May 2024
  • Cetak
  • 194

faqhubungimaklumbalaspeta