Kunjungan Hormat daripada TYT Encik Humaid Obaid Abushibs, Presiden United Arab Emirates Accountability Authority (UAEAA) ke atas Ketua Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi menerima kunjungan hormat daripada TYT Encik Humaid Obaid Abushibs, Presiden United Arab Emirates Accountability Authority (UAEAA) pada pagi ini, 25 Mei 2024 di Putrajaya.
Hadir sama dalam kunjungan hormat tersebut adalah TYT Dr. Mubarak Saeed Ahmed Burshaid Aldhaheri, Duta Besar UAE ke Malaysia dan YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan).
Seusai kunjungan hormat, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara dan Presiden UAEAA telah mengadakan Mesyuarat Duahala yang disertai delegasi UAEAA dan pegawai kanan JAN.
Pelbagai cadangan kerjasama duahala dan serantau telah dibincangkan terutama berkaitan pengauditan awam serta pemantapan pembangunan kapasiti juruaudit bagi kedua-dua Supreme Audit Institution (SAIs), disamping mengenalpasti program yang boleh dijalankan bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala melalui cadangan pembaharuan MOU bersama yang telah tamat sejak tahun 2014. Antara bidang kerjasama yang dikenalpasti merangkumi digital audit, penggunaan AI dalam pengauditan serta audit forensik.