faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Penutupan Program Pasca Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)

 440947676 847838904054824 1765133696497003487 n  441655760 847838850721496 2826701488460895704 n  442445010 847838924054822 8916592881280685515 n 441572675 847838930721488 8916462686917571144 n

 

Ketua Audit Negara YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah menyempurnakan Majlis Penutupan Program Pasca Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) yang julung kali diadakan oleh Jabatan Audit Negara pada hari ini di Kuala Lumpur. Turut hadir bersama adalah YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan Puan Syakurah Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

Dalam majlis tersebut, beliau telah menyampaikan sijil pentauliahan kepada 25 orang ahli baharu AKRAB yang terdiri daripada kalangan Juruaudit, Penolong Juruaudit dan gred guna sama daripada pelbagai sektor ibu pejabat dan JAN negeri. Antara pengisian program yang dihadiri oleh 40 peserta tersebut adalah Mesyuarat AKRAB JAN Bil.1 Tahun 2024 serta sesi pemantapan kemahiran ahli AKRAB.

Dalam amanat beliau kepada ahli AKRAB JAN, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara menekankan aspek menjaga keharmonian sesama ahli dan bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan AKRAB JAN dapat mewujudkan pelbagai aktiviti dan memainkan peranan mereka yang signifikan. Semoga ahli AKRAB dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran yang dipelajari bagi membantu rakan sekerja di sektor dan JAN Negeri masing-masing.

  • Dikemaskini pada: 27 May 2024
  • Cetak
  • 196

faqhubungimaklumbalaspeta