Lawatan ke Akademi Audit Negara oleh Delegasi State Audit Organization (SAO) Lao PDR
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Delegasi State Audit Organization (SAO) Lao PDR yang diketuai oleh Mr. Viengthavisone Thephachanh, Presiden SAO Lao PDR telah melawat Akademi Audit Negara di Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan pada 24 Mei 2024. Hadir bersama dalam lawatan tersebut adalah Assos. Prof. Dr. Phosy Chanhming, Director General of Audit Research and Training Institute of SAO Lao PDR serta pegawai kanan SAO Lao PDR.
Taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Allias Alwi, Timbalan Pengarah Akademi Audit Negara. Tujuan utama lawatan kerja tersebut adalah untuk berkongsi maklumat berkenaan latihan kedua-dua institusi latihan dan perbincangan mengenai jalinan kerjasama latihan yang bakal dilaksanakan melalui MOU Kerjasama yang dicadang untuk diperbaharui pada tahun 2025.