Kunjungan Hormat daripada TYT Encik Viengthavisone Thephachanh, Presiden State Audit Organization (SAO) Lao PDR ke Atas Ketua Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Encik Viengthavisone THEPHACHANH, Presiden State Audit Organization (SAO) Lao PDR pada pagi ini.
Hadir sama dalam kunjungan hormat tersebut adalah TYT Puan Viengsavanh SIPRASEUTH, Duta Laos ke Malaysia; YBrs. Encik Azunan Daud, Pengarah Audit Kewangan dan YBrs. Encik Serjana Ibrahim, Pengarah Bahagian Susulan Audit. Seusai kunjungan hormat, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara dan Presiden SAO Lao PDR telah menyertai sesi perbincangan yang melibatkan pegawai daripada kedua-dua negara.
Pelbagai cadangan kerjasama telah dibincangkan bagi memantapkan pembangunan kapasiti juruaudit kedua-dua Supreme Audit Institution (SAIs) disamping mempereratkan hubungan dua hala yang telah sedia terjalin melalui MOU Kerjasama Duahala sedia ada. Kedua pihak juga bersetuju untuk memperbaharui MOU tersebut yang akan tamat tempoh pada tahun 2025. Bagi tujuan tersebut, pegawai dari kedua pihak telah ditugaskan untuk berbincang tentang intipati MOU yang akan diperbaharui tersebut
Delegasi daripada SAO Lao PDR sedang dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari di Malaysia bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan Jabatan Audit Negara selain melihat peluang kerjasama yang boleh dibuat. Delegasi juga berkesempatan dibawa melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur termasuk Balai Seni Negara dan telah diberikan taklimat oleh pasukan kuratorial Balai Seni Negara.