Program Temu bual Selamat Pagi Malaysia sempena Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 (PJK 2024)
![]() |
![]() |
![]() |
Pengarah Bahagian Dasar Dan Hubungan Antarabangsa, Jabatan Audit Negara, Encik Saiful Anuar bin Mohd Jaafar telah menghadiri temu bual program Selamat Pagi Malaysia, TV1 pada pagi ini di Angkasapuri.
Temu bual ini adalah bersempena dengan Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 (PJK 2024) yang akan dianjurkan oleh Jabatan Audit Negara buat julung kalinya pada 25 Jun 2024 di Kuching, Sarawak. Persidangan bertajuk ‘Memperkasa Tatakelola Mendepani Cabaran Masa Kini’ ini dijangka akan disempurnakan oleh YAB Premier Sarawak.
Persidangan yang menyasarkan penyertaan seramai 1,000 orang peserta daripada kalangan Juruaudit Sektor Awam dan Sektor Swasta ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan peranan dan fungsi juruaudit dalam memperkukuhkan akauntabiliti dan tadbir urus sama ada di Sektor Awam mahu pun swasta. Persidangan ini melibatkan pengisian melalui forum dan ceramah oleh panel-panel jemputan daripada pelbagai agensi dan badan profesional yang akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan terutamanya dalam melaksanakan tugasan pengauditan seiring dengan perkembangan masa kini.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai persidangan ini, pihak yang berkenaan boleh menghubungi Encik Muhammad Hisyamuddin Ab Halim di talian 03-80911429 / 019-9599007 atau e-mel kepada