Majlis Perasmian Wisma Audit Negeri Terengganu
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Perasmian Wisma Audit Negeri Terengganu yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah diadakan pada hari Ahad, 19 Mei 2024. Berangkat sama ke majlis berkenaan adalah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan Yang di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail. Majlis perasmian ini merupakan salah satu program bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-62 Hari Keputeraan Baginda.
Turut hadir ke majlis tersebut adalah Menteri Besar Terengganu YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Audit Negara YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, ketua-ketua Jabatan Persekutuan serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan Jabatan Audit Negara.
Seluruh warga Jabatan Audit Negara menjunjung setinggi-tinggi kasih dan amat berbesar hati atas kesudian KDYMM Tuanku Sultan Terengganu mencemar duli merasmikan Wisma Audit Negeri Terengganu.