faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Apresiasi Kecemerlangan & Sanjungan Budi Jabatan Audit Negara Tahun 2024

 436129417 842250324613682 4330185118860797350 n 440945250 842250277947020 3611518419848479951 n  436130519 842254714613243 8596970810923525908 n

441192161 842254647946583 3953547019330266095 n

 

 

Majlis Apresiasi Kecemerlangan & Sanjungan Budi Jabatan Audit Negara Tahun 2024 telah diadakan pada hari ini, 16 Mei 2024. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.

Seramai 244 orang warga Jabatan Audit Negara (JAN) diraikan dalam majlis berkenaan yang terdiri daripada 152 orang pegawai cemerlang yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 33 orang pesara dan 59 orang pegawai yang telah berkhidmat selama 25 tahun.

Dalam ucapan beliau, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara mengucapkan tahniah kepada semua atas pencapaian dan berharap ianya akan menjadi contoh teladan buat semua warga JAN serta inspirasi untuk sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan. Beliau juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas segala bakti dan jasa bagi warga JAN yang akan menamatkan perkhidmatan pada tahun ini.

Dalam majlis ini juga, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara turut meluncurkan Garis Panduan Pengauditan Pengurusan Syarikat Kerajaan.

  • Dikemaskini pada: 16 May 2024
  • Cetak
  • 205

faqhubungimaklumbalaspeta