Majlis Peluncuran Kursus Asas Juruaudit Gred W41 dan Penolong Juruaudit Gred W29
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Peluncuran Kursus Asas Juruaudit Gred W41 dan Penolong Juruaudit Gred W29 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) pada hari ini, 13 Mei 2024 bertempat di Auditorium Ahmad Noordin, Akademi Audit Negara, Bandar Enstek.
Seramai 63 orang peserta yang terdiri daripada 21 orang Juruaudit W41 dan 42 orang Penolong Juruaudit W29 daripada pelbagai Sektor, JAN Negeri dan Unit Audit Dalam Kementerian menghadiri kursus selama tiga minggu ini.
Dalam amanat beliau kepada pegawai baharu, YBhg Datuk KAN menegaskan bahawa integriti perlu menjadi tunjang kepada profesion juruaudit. Beliau juga menyeru agar semua juruaudit baharu mengamalkan budaya kerja yang baik dan proaktif supaya JAN sentiasa cemerlang dan terunggul dalam perkhidmatan awam.