faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Semakan Draf Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024

 435899372 838217145017000 1480408545831016216 n  440946753 838217188350329 4687735907500999254 n  441042345 838217131683668 66287658238312704 n 441910462 838217161683665 1917070792294487335 n

 

Mesyuarat Semakan Draf Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024 telah diadakan pada 9 Mei 2024 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Puan Hajah Patimah binti Ramuji dan dihadiri pegawai daripada Jabatan Peguam Negara yang diketuai oleh Puan Aida Farihan binti M Saleh @ Mohd Nawi, Penolong Kanan Penggubal Undang-Undang Parlimen serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Audit Negara.

Mesyuarat ini merupakan gerak kerja pindaan Akta Audit 1957 [ Akta 62 ] bertujuan untuk memperkasakan institusi Ketua Audit Negara. Ini merangkumi pewujudan kuasa baharu dan perluasan tugas serta penambahbaikan dalam aspek perjalanan kuasa dan pelaksanaan mandat institusi Ketua Audit Negara.

  • Dikemaskini pada: 10 May 2024
  • Cetak
  • 579

faqhubungimaklumbalaspeta