A- A A+
A A A      

faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Mei 2024

 440750476 835140201991361 7601874362096440926 n  440942874 835140245324690 7089729188811443668 n  440953527 835140225324692 3373277885510409973 n  440937858 835140248658023 822605925126783277 n

 

Warga Jabatan Audit Negara telah menghadiri Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Mei 2024 pada hari ini yang diadakan di Dewan De'Seri Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya.

YAB Perdana Menteri menyentuh mengenai integriti penjawat awam dan menggesa penjawat awam mengekalkan komitmen dan komited bersama untuk terus membantu dan menambah baik sistem perkhidmatan awam bersandarkan kepada konsep MADANI dan ehsan. Penjawat awam juga diminta untuk memantau dan mengenal pasti kakitangan kerajaan yang merosakkan nama baik perkhidmatan awam.

Dalam ucapan beliau juga, YAB Perdana Menteri telah memperkenalkan satu inisiatif baharu dengan meminta semua ketua jabatan memilih satu kampung terutamanya kampung halaman masing-masing dan diberikan amanah untuk melihat semua aspek masyarakat di kampung yang telah dipilih dan dilaporkan kepada pihak berkenaan.

  • Dikemaskini pada: 06 May 2024
  • Cetak
  • 61