A- A A+
A A A      

faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Lawatan Penanda Aras daripada Kerajaan Negeri Sarawak

 438092508 832230375615677 4369905122257429246 n 438164523 832230472282334 4022495426010544659 n  438171090 832230665615648 7870682688241456213 n 438146072 832230598948988 1721706702071433132 n

 

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menerima Lawatan Penanda Aras daripada Kerajaan Negeri Sarawak yang diketuai oleh YBhg. Datu Hasmawati Binti Sapawi, Timbalan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak di Ibu Pejabat JAN, Putrajaya pada 2 Mei 2024.

Hadir bersama dalam lawatan tersebut adalah YBrs. Encik Christopher Danan ak Binjie, Timbalan Akauntan Negeri Sarawak, YBrs. Haji Semawi bin Haji Mohamad, Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak serta pegawai-pegawai kanan JAN daripada Sektor Audit Kewangan, Bahagian Susulan Audit, Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa serta Akademi Audit Negara.

Objektif lawatan tersebut antaranya adalah perkongsian ilmu dua hala berkaitan pengauditan kewangan, AG Dashboard dan latihan berterusan antara Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak dengan Jabatan Audit Negara disamping mengeratkan ukhuwah diantara Pejabat Kewangan Kerajaan Negeri bersama Jabatan di Peringkat Persekutuan.

  • Dikemaskini pada: 03 May 2024
  • Cetak
  • 58