Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara (KAN) Bersama Warga Jabatan Audit Negara (JAN) Bagi Bulan April
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara (KAN) Bersama Warga Jabatan Audit Negara (JAN) bagi bulan April telah diadakan pada hari Khamis, 25 April 2024 di ibu pejabat JAN, Putrajaya.
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah menyampaikan amanat kepada seramai 700 orang warga JAN yang hadir dan lebih 500 orang warga JAN di seluruh negara yang turut menyertai majlis secara dalam talian.
Dalam ucapan beliau, Datuk KAN mengingatkan semua warga JAN untuk bersyukur dengan setiap rezeki yang diperoleh dan hendaklah dilihat dari sudut positif. Datuk KAN turut mengulas mengenai hasil Kajian Kepuasan Bekerja Jabatan Audit Negara dan menyatakan komitmen pengurusan tertinggi untuk terus memberikan semangat dan motivasi kepada semua warga jabatan bagi menjalankan amanah yang diberikan.
Dalam majlis berkenaan juga, Datuk KAN telah menyampaikan sijil kepujian kepada pegawai yang mendapat keputusan terbaik dan lulus kesemua peperiksaan perkhidmatan serentak. Datuk KAN turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai JAN yang menjadi mentor dan penceramah bagi pegawai-pegawai yang mengambil peperiksaan tersebut.
Majlis diakhiri dengan tayangan video ringkas mengenai Tabung Kebajikan Jabatan Audit Negara yang baru ditubuhkan bertujuan menjaga kebajikan semua warga JAN yang dilanda musibah dan bencana.