Mesyuarat Penutup Pengauditan Pengurusan Program Pembangunan Keusahawanan e-Dagang
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Mesyuarat Penutup Pengauditan Pengurusan Program Pembangunan Keusahawanan e-Dagang yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah diadakan pada 19 April 2024 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP); YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) (Dasar), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW); YBhg. Datuk Bahria binti Mohd Tamil, TKSU (Pengurusan dan Pelaburan), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI); Encik Sikh Shamsul Ibrahim bin Sikh Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), Jabatan Audit Negara.