Mesyuarat Penutup Pengauditan Pengurusan Program Pemerkasaan Jaringan Dan Infrastruktur Telekomunikasi (Jalur Lebar)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Pengurusan Program Pemerkasaan Jaringan Dan Infrastruktur Telekomunikasi (Jalur Lebar) di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya pada 19 April 2024.
Mesyuarat dihadiri oleh YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi (KK), YBhg. Dato' Ahmad Suhaimi bin Endut, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), YBhg. Dato' Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan YBrs. Encik Y Hamdan bin Mohd Dom, Pengarah Audit Prestasi I. Turut hadir bersama adalah wakil pegawai daripada Jabatan Peguam Negara, dan Kementerian Kewangan.