Kunjungan Hormat daripada delegasi The Office of the Comptroller and Auditor General of Bangladesh (OCAG Bangladesh)
![]() |
![]() |
![]() |
YBrs. Tuan Hj. Roslan Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) telah menerima Kunjungan Hormat daripada delegasi The Office of the Comptroller and Auditor General of Bangladesh (OCAG Bangladesh) yang diketuai oleh Encik Sheikh Mohammad Omar Faruk, Senior Finance Controller of OCAG Bangladesh pada 16 April 2024.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Encik Ajit Kanti Rudra, Area Finance Controller of OCAG Bangladesh; Ms. Farhana Ahmed Chaudhury, Head of Chancery of High Commission for the People’s Republic of Bangladesh to Malaysia; YBrs. Puan Baridatul Anita Bidin, Pengarah Akademi Audit Negara dan pegawai kanan JAN.
Pelbagai cadangan kerjasama telah dibincangkan bagi memantapkan pembangunan kapasiti Juruaudit kedua-dua Supreme Audit Institution (SAIs) disamping mempereratkan Hubungan Dua Hala yang telah sedia terjalin.