Kunjungan Hormat daripada delegasi The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA)
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Gan Ah Tee, Presiden MICPA pada 15 April 2024.
Hadir bersama dalam majlis tersebut adalah YBrs. En. Soo Hoo Khoon Yean, Timbalan Presiden MICPA, YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan YBrs. Tuan Haji Roslan Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat).
Pelbagai cadangan kerjasama telah dibincangkan bagi maksud pembangunan kapasiti Juruaudit tempatan termasuk penggalakan pembangunan persijilan profesional tempatan melalui MICPA, serta penganjuran forum dan dialog bersama bagi membincangkan isu-isu semasa secara berkala.