Sumbangan Duit Raya 1445H/2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Duit Raya 1445H/2024 kepada 56 orang Pembantu Am Pejabat/Pengawal Keselamatan/Pemandu Gred N11/N14/H11/H14/KP11/KP14 yang berkhidmat di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara Putrajaya/Kuala Lumpur dan Akademi Audit Negara pada 4 April 2024 bersamaan 24 Ramadan 1445H.
Baliau juga telah menyerah sumbangan Duit Raya kepada 46 penerima Bantuan Infaq Ramadan dan 16 penerima Bantuan Kelab Persekolahan Bukit Perdana. Selain itu, sumbangan infak turut diserahkan kepada Rumah Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kg Sungai Kantan Kajang.
Turut hadir adalah YBrs. Puan Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBhg. Datuk Nor Salwani binti Hj. Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBrs. Tuan Hj. Roslan bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat Kerajaan), YBrs. Encik Azunan bin Daud, Yang Di Pertua Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP) dan Puan Nurul Syuhadah binti Noor Rizan , Timbalan Pengetua Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kg Sungai Kantan Kajang. Majlis tersebut dianjurkan oleh Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP) dengan kerjasama Surau Al-Ibtisam JAN.