A- A A+
A A A      

faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Libat Urus berkaitan Sustainable Development Goals (SDG) antara Jabatan Audit Negara (JAN) dan United Nations Development Programme (UNDP)

 WhatsApp Image 2024 03 27 at 11.28.22 AM  WhatsApp Image 2024 03 27 at 11.28.33 AM WhatsApp Image 2024 03 27 at 11.28.33 AM 1

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan satu Sesi Libat Urus Khas dengan delegasi dari United Nations Development Programme (UNDP) pada 27 Mac 2024 di Ibu Pejabat JAN, Putrajaya berkaitan pengauditan pencapaian sasaran Sustainable Development Goals (SDG).

Hadir bersama dalam sesi tersebut ialah Tuan Niloy Banerjee, UNDP Resident Representative di Malaysia, YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) serta pegawai daripada UNDP dan JAN.

Dalam sesi tersebut, pihak UNDP telah berkongsi pandangan, aktiviti semasa serta cabaran dalam menilai pencapaian pelaksanaan SDG. Selain itu, sesi tersebut juga turut membincangkan pelbagai cadangan kerjasama antara JAN dan UNDP merangkumi pembangunan kapasiti dan perkongsian ilmu mengenai pelaksanaan pengauditan SDG.

  • Dikemaskini pada: 31 Mar 2024
  • Cetak
  • 56