Kursus Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyampaikan ucaptama bagi sesi Kursus Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan pada 27 Mac 2024 bertempat di Ibu Pejabat JAN. Dalam ucapan beliau, Datuk KAN telah berkongsi pengalaman serta tips penulisan dokumen rasmi kepada lebih 50 orang pegawai JAN daripada pelbagai gred, sektor dan Bahagian peringkat Ibu Pejabat.
Turut hadir adalah Pengarah Audit Prestasi, YBrs. Encik Y Hamdan Mohd Dom, YBrs Dr. Alifah Aida binti Lope Abd Rahman serta YBrs. Cik Raftah Ibrahim. Kursus ini telah diteruskan dengan penyampaian taklimat oleh Tuan Syed Hisham Shah bin Syed Hilmi, Munsyi Muda daripada Jabatan Komunikasi Komuniti, Kementerian Komunikasi.