Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Bank Simpanan Nasional (BSN) telah dipengerusikan oleh YBhg Datuk Ketua Audit Negara pada 27 Mac 2024 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), Putrajaya.
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBrs. Tuan Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Eksekutif BSN dan YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan). Turut hadir bersama pegawai-pegawai kanan JAN, BSN dan Firma Audit Swasta.
Usai Mesyuarat Penutup, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara untuk Penyata Kewangan BSN bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.