Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Mac 2024
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menghadiri Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Mac 2024 pada pagi ini di Dewan De'Seri Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya. Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Ketua Audit Negara dan 45 orang pegawai Jabatan Audit Negara (JAN).
Dalam ucapan beliau, YAB Perdana Menteri menyeru agar semua umat Islam menghayati semangat Ramadan dengan menjadikan bulan ini sebagai 'madrasah' untuk memperkukuhkan disiplin diri, menggilap kekuatan iman dan akhlak.
Akhir sekali YAB Perdana Menteri menyeru semua rakyat terutamanya penjawat awam agar menitikberatkan tatakelola yang baik dalam membanteras rasuah serta mengekalkan imej dan prestasi tinggi untuk bersama-sama mengangkat darjat dan martabat negara ini.