faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Ceramah Eksekutif Jabatan Audit Negara Bilangan 1 Tahun 2024

WhatsApp Image 2024 03 15 at 9.30.43 PM WhatsApp Image 2024 03 15 at 9.30.41 PM WhatsApp Image 2024 03 15 at 9.30.56 PM WhatsApp Image 2024 03 15 at 9.30.39 PM

 

Ceramah Eksekutif Jabatan Audit Negara Bilangan 1 Tahun 2024 telah diadakan di Auditorium Ahmad Noordin, Akademi Audit Negara pada petang Jumaat, 15 Mac 2024. Ceramah bertajuk Wanita Pemangkin Negara Madani telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Farid Ravi Abdullah, Naib Canselor Universiti Islam Selangor (UIS) kepada kira-kira 300 warga JAN yang menghadiri majlis tersebut.

Turut hadir adalah YBhg. Datuk Ketua Audit Negara, Timbalan-timbalan Ketua Audit Negara, Pengerusi PUSPANITA JAN serta pengarah Audit dari ibu pejabat dan negeri termasuk Unit Audit Dalam. Selepas ceramah tersebut, program diteruskan dengan majlis berbuka puasa Ketua Audit Negara bersama warga Jabatan Audit Negara. Majlis diakhiri dengan solat Isyak dan solat Tarawih berjemaah yang diimamkan oleh YBhg. Dato Naib Canselor UIS.

WhatsApp Image 2024 03 15 at 9.30.53 PM WhatsApp Image 2024 03 15 at 9.30.59 PM WhatsApp Image 2024 03 15 at 9.31.00 PM WhatsApp Image 2024 03 15 at 9.30.29 PM
  • Dikemaskini pada: 04 Apr 2024
  • Cetak
  • 262

faqhubungimaklumbalaspeta