A- A A+
A A A      

faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Tahun 2024

 

Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa Tahun 2024 kepada semua wanita khususnya penjawat awam wanita di Jabatan Audit Negara.

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa tahun ini bertemakan "Wanita Dijulang, Negara Gemilang" memberikan penekanan akan pentingnya mewujudkan budaya inklusif dan kesaksamaan gender pada semua peringkat sebagai usaha memartabatkan wanita di negara ini.

Sumbangan besar wanita dalam pelbagai sektor amnya telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang dikenali di seluruh pelusuk dunia, bak kata pepatah Melayu “tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia”.

Mari kita raikan Hari Wanita Antarabangsa Tahun 2024 hari ini, 8 Mac 2024 sebagai tanda penghargaan dengan penuh kasih sayang dan lambang penghormatan terhadap jasa, sumbangan dan pengorbanan mereka kepada keluarga, bangsa, agama dan negara Malaysia tercinta.

  • Dikemaskini pada: 04 Apr 2024
  • Cetak
  • 209