A- A A+
A A A      

faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Program Bacaan Yasin dan Doa Selamat Warga JAN

 417470404 795968419241873 7914497491014046072 n  417471076 795968562575192 6215781206624956589 n  417491747 795968599241855 5950707029437280070 n  420234172 795968452575203 571151417529668532 n

 

Majlis Program Bacaan Yasin dan Doa Selamat Warga JAN bersama YBhg. Datuk Ketua Audit Negara dan Pengurusan Tertinggi JAN anjuran Surau Al Ibtisam, Jabatan Audit Negara (JAN) telah diadakan pada pagi Selasa 5 Mac 2024 di Ibu Pejabat JAN, Putrajaya bersempena dengan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Penyata Kewangan Agensi Persekutuan pada esok hari, 6 Mac 2024.

Majlis ini juga diniatkan untuk keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga JAN agar dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberi dengan penuh dedikasi, mendoakan kesembuhan kepada warga JAN yang sedang menjalani rawatan dan disedekahkan kepada warga JAN yang telah kembali ke Rahmatullah baru-baru ini. YBrs Tuan Haji Badiuzzaman bin Mohd Pakir telah mengetuai Majlis tersebut yang dihadiri secara fizikal dan dalam talian oleh seramai 50 orang terdiri daripada pegawai kanan dan warga JAN.

  • Dikemaskini pada: 06 Mar 2024
  • Cetak
  • 100