A- A A+
A A A      

faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

International Conference on Strengthening Grassroots Democracy and Accountability anjuran Comptroller and Auditor General of India Office (CAG)

 417452171 793740796131302 4989678  417471545 793740346131347 2935519770212127236 n  417695882 793740526131329 2287420

 

Delegasi JAN ke New Delhi India yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Azunan Daud, Pengarah Audit Kewangan, yang mewakili Ketua Audit Negara Malaysia telah menghadiri International Conference on Strengthening Grassroots Democracy and Accountability anjuran Comptroller and Auditor General of India Office (CAG). Penyertaan tersebut adalah bagi memenuhi jemputan daripada TYT Mr. Girish Chandra Murmu, the Comptroller and Auditor General of India kepada Ketua Audit Negara Malaysia. Persidangan ini berlangsung dari 28 Februari hingga 1 Mac 2024.

Dalam Persidangan tersebut, YBrs. Tuan Haji Azunan Daud telah berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan pelaksanaan pengauditan terhadap pihak berkuasa tempatan di Malaysia melalui pembentangan Kertas Negara. Beliau turut memperkenalkan dan mempromosikan Akademi Audit Negara yang turut merupakan pusat latihan pengauditan yang diiktiraf oleh pihak Asian Organization of Supreme Audit Institutions (ASOSAI) kepada semua delegasi, bagi mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan termasuk berkaitan tata kelola dan pengauditan pihak berkuasa tempatan.

Seterusnya, delegasi Malaysia turut membuat sesi Kunjungan Hormat ke atas TYT Mr. Girish Chandra Murmu, the Comptroller and Auditor General of India. Turut serta dalam persidangan ini ialah Encik Halimuddin bin Chongge, Timbalan Pengarah Audit Negeri Sabah dan Encik Shamsul bin Shamdin, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa.

  • Dikemaskini pada: 04 Mar 2024
  • Cetak
  • 184