Sesi Libat Urus Projek Pembangunan Sistem eAudit Di Bawah Projek Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan Audit Negara (PPJ)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menghadiri Sesi Libat Urus Projek Pembangunan Sistem eAudit Di Bawah Projek Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan Audit Negara (PPJ) Bersama Pengurusan Tertinggi JAN yang telah diadakan pada 26 Februari 2024 di Putrajaya. Turut hadir dalam sesi ini ialah ketiga-tiga Timbalan Ketua Audit Negara, Pengarah-Pengarah di Ibu Pejabat JAN dan Pasukan Projek Pembangunan Sistem eAudit Kerajaan dan Syarikat.
Dalam ucapan amanat beliau, KAN menyeru supaya semua pihak yang terlibat dalam pembangunan projek ini dapat terus memberikan komitmen yang sepenuhnya hingga ke akhir projek sejajar dengan aspirasi pendigitalan JAN menjelang tahun 2025.