Majlis Perasmian Penutup Program Madani Rakyat 2024 Zon Tengah
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Perasmian Penutup Program Madani Rakyat 2024 Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 25 Februari 2024. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Program yang telah berlangsung dari 23-25 Februari 2024 ini merupakan kesinambungan daripada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember lalu.
Sejurus itu, Ketua Audit Negara telah menziarah Pn Nor Ashikin binti Saiful Anwar, Penolong Juruaudit (W32) yang kini sedang menjalani rawatan intensif kerana menghidap penyakit kanser serviks di Institut Kanser Negara Putrajaya. Seluruh warga JAN mendoakan agar Puan Nor Ashikin dikurniakan kesembuhan dengan segera dan diringankan kesakitan yang ditanggung serta dipermudahkan segala urusan beliau menjalani rawatan.