Program Diskusi Ikon bertajuk Mendepani Halangan, Memperkasa Pasukan, Memenangi Cabaran
![]() |
![]() |
![]() |
Pagi ini telah berlangsung program Diskusi Ikon bertajuk Mendepani Halangan, Memperkasa Pasukan, Memenangi Cabaran di Dewan Anggerik, Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.
Program ini menampilkan beberapa orang panelis termasuk bekas pemain hoki kebangsaan, YBhg. Profesor Dato' Dr. Shamala A/P K Subramaniam, Dekan Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia; bekas atlet bowling kebangsaan, YBhg. Datuk Shalin Zulkifli, Ketua Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) MSN; dan En. Ahmad Khawari Mohd Isa, Ketua Komunikasi Korporat MSN selaku moderator.
Turut hadir adalah YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN. Seramai kira-kira 500 orang warga JAN seluruh negara telah menghadiri program diskusi ini yang merupakan antara pengisian Program Pengukuhan Organisasi Jabatan Audit Negara Tahun 2024.