Ucaptama dalam Persidangan Audit Dalam Sektor Awam 2024
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyampaikan Ucaptama dalam Persidangan Audit Dalam Sektor Awam 2024 (Public Sector Internal Audit Conference 2024) di Kuala Lumpur pada 22 Februari 2024 anjuran bersama The Institute of Internal Auditors Malaysia (IIAM) dan Malaysian Institute of Accountants (MIA) dengan tema “Shaping Tomorrow's Governance: Innovation in Public Sector Auditing”.
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah YBhg. Dato’ Seri Dr. Mohamad Zabidi Ahmad, Presiden MIA, YBrs. Encik Dominic Chegne How Kooi, Presiden IIAM dan YBhg. Tuan Haji Roslan bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat). Persidangan tersebut dihadiri oleh 150 orang peserta terdiri daripada juruaudit dalam.