Pertandingan Tenpin Boling Piala Penasihat PUSPANITA Jabatan Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pertandingan Tenpin Boling Piala Penasihat PUSPANITA Jabatan Audit Negara telah selesai berlangsung di Wangsa Bowl IOI Mall Putrajaya pada 21 Februari 2024. YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) selaku Penasihat PUSPANITA Jabatan Audit Negara (JAN) berkesempatan menyempurnakan upacara penyampaian hadiah dan ucapan penutup.
Turut hadir dalam pertandingan tersebut adalah YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil JAN, Puan Nadhirah Haji Abdul Wahab serta ahli PUSPANITA JAN.
Pertandingan diadakan dengan bertemakan kain batik sarung yang perlu dipakai sepanjang pertandingan berlangsung. Sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.