Majlis Peluncuran Kursus Pemantapan Pengurusan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jabatan Audit Negara (JAN) buat julung kalinya telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pengurusan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada 21-23 Februari 2024 di Akademi Audit Negara (AAN).
Kursus yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Akademi Audit Negara, Bandar Baru Enstek, Nilai, Negeri Sembilan turur dihadiri oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara; YBhg. Datuk Wira M Mohd Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan YBhg. Dato' Mohd Fadzli Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT.