MoU Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara (JAN)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara (JAN) hari ini memeterai Nota Kerjasama yang ditandatangani oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki bersama Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi bagi memantapkan usaha pembanterasan rasuah dan mempertingkatkan tatakelola agensi kerajaan.
MoU ini adalah bertujuan memperbaharui bentuk kerjasama yang telah termeterai oleh kedua belah pihak sejak tahun 2012. Nota Kerjasama baharu ini memberi tumpuan kepada skop kerjasama meliputi aspek program perkongsian maklumat dan pengetahuan serta latihan antara Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Akademi Audit Negara (AAN).
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) JAN, Datuk Nor Salwani Muhammad; Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) JAN, Tuan Haji Roslan Abu Bakar; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali; serta Pegawai-pegawai Kanan dari JAN dan SPRM.