Kunjungan Hormat ke atas YB Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di ibu pejabat MAINPP, Georgetown pada petang ini.
Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut adalah YBhg. Dato’ Haji Rosidi Hussain, Setiausaha MAINPP; YBrs. Pn. Hjh. Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. En. Azunan Hj. Daud, Pengarah Audit Kewangan dan Pn. Mazmiza Mihat, Pengarah Audit Negeri Pulau Pinang.
Seusai kunjungan hormat, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan MAINPP Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 yang diadakan di Bilik Mesyuarat MAINPP. Mesyuarat turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Setiausaha MAINPP; YBhg. Dato’ Haji Amran Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang; Tuan Abdul Mohsein Mohd Sharif, Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pulau Pinang serta wakil-wakil auditi berkaitan.