Lawatan Tapak ke Projek Pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara meneruskan agenda lawatan kerja rasmi beliau dengan mengadakan lawatan tapak ke projek pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Wakaf Seetee Aisah di Seberang Jaya pada tengah hari ini.
Projek pembangunan melibatkan 3 fasa di tanah wakaf ini yang melibatkan kerjasama di antara MAINPP dan UDA Holdings Berhad (UDA) yang telah dilancarkan pada tahun 2022 dan dijangka siap pada tahun 2025. YBhg. Datuk KAN dan pasukan telah diberikan taklimat ringkas mengenai kemajuan projek oleh pegawai MAINPP dan UDA Land (North) Sdn. Bhd.