Bengkel Pemantapan Sektor Audit Kewangan Tahun 2024 bagi Zon Utara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah meluncurkan Bengkel Pemantapan Sektor Audit Kewangan Tahun 2024 bagi Zon Utara yang diadakan di Wisma Audit Negeri Pulau Pinang pada pagi ini.
Turut hadir dalam majlis peluncuran tersebut adalah Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Pn. Hjh. Patimah Ramuji; Pengarah Audit Kewangan, YBrs. En. Azunan Hj. Daud dan YBrs. Dr. Nor Haiza Abd Aziz@Juned; serta wakil Jabatan Audit Negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis.
Seramai 72 orang peserta daripada Jabatan Audit Negara Negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis telah hadir bagi bengkel ini yang terakhir dianjurkan seluruh negara mengikut zon masing-masing. Bengkel ini juga dihadiri secara dalam talian oleh warga JAN di keempat-empat negeri terlibat.
Dalam ucapan peluncuran beliau, YBhg. Datuk KAN menegaskan pentingnya bengkel ini untuk memantapkan lagi pemahaman semua warga JAN di peringkat negeri mengenai pengauditan penyata kewangan yang dilaksanakan oleh JAN dan secara tidak langsung memastikan pengauditan yang dibuat menepati dan selaras dengan undang-undang dan pekeliling yang berkuat kuasa.
Peranan dan penglibatan Akademi Audit Negara (AAN) juga akan dpertingkatkan untuk menyediakan kursus dan latihan kepada semua warga JAN serta pihak auditi selaras dengan peranannya sebagai pusat latihan di peringkat nasional dan antarabangsa.