Program Ziarah Kasih Pegawai JAN Pulau Pinang
![]() |
![]() |
![]() |
Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah menziarahi keluarga Almarhumah Juwairiyah binti Syed Baquir, mantan Timbalan Pengarah Audit Negeri Pulau Pinang yang kembali ke Rahmahtullah pada 6 Februari 2024 yang lalu di rumah keluarga beliau di Penanti.
Datuk KAN menzahirkan ucapan takziah daripada beliau dan seluruh warga Jabatan Audit Negara kepada suami serta anak-anak dan waris Almarhumah yang menerima ziarah Datuk KAN dan pegawai JAN yang lain. Turut hadir adalah Pengarah Audit Kewangan merangkap Yang Di-Pertua Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP), YBrs. En. Azunan Hj. Daud; Pengarah Audit Kewangan, YBrs. Dr. Nor Haiza Binti Abd Aziz@Juned dan Pengarah Audit Negeri Pulau Pinang, Puan Mazmiza Mihat.
Dalam kunjungan itu juga Datuk KAN turut menyampaikan sumbangan warga JAN dengan kerjasama Majlis Sukan Jabatan Audit Negara (MASJAN) dan KAWIP kepada keluarga Almarhumah. Sumbangan ini juga merupakan sumbangan pertama melalui Tabung Kebajikan Jabatan Audit Negara yang telah diwujudkan semasa Mesyuarat Eksekutif MASJAN Bil. 1/2024 baru-baru ini yang bertujuan untuk menjaga kebajikan seluruh warga jabatan termasuk kebajikan keluarga warga JAN yang telah meninggal dunia.