Lawatan Tapak Ke Masjid Al-Ittifaq, Sungai Nibong Kecil
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) tiba di Pulau Pinang pada hari ini bagi lawatan kerja rasmi selama 2 hari pada 18 dan 19 Februari 2024 ke negeri tersebut.
Sejurus tiba, YBhg. Datuk KAN telah mengadakan lawatan tapak ke Masjid Al-Ittifaq, Sungai Nibong Kecil bagi meninjau sendiri masjid yang menjadi kawasan di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). YBhg. Datuk KAN akan mempengerusikan Mesyuarat Penutup Penyata Kewangan MAINPP pada 19 Februari 2024 di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Pengarah Audit Kewangan, YBrs. En. Azunan Hj. Daud dan YBrs. Dr. Nor Haiza Abd Aziz@Juned; Pengarah Audit Negeri Pulau Pinang, Puan Mazmiza Mihat serta pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat dan Jabatan Audit Negara Negeri Pulau Pinang.