Lawatan Kerja Meninjau Operasi Syarikat Subsidiari Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Hari ini, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah membuat lawatan kerja meninjau operasi syarikat subsidiari Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) iaitu Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) yang mencatatkan keuntungan dan menyumbang dividen kepada LADA.
Datuk Ketua Audit Negara telah diberi taklimat dan penerangan berkenaan pengoperasian Langkawi SkyCab oleh Ir. Abdul Hasyim Abdul Rahman, Pemangku Ketua Pegawai Operasi PLSB.
Turut sama dalam lawatan kerja ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif LADA, YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid; Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Puan Patimah Ramuji dan Pegawai-pegawai Kanan JAN dan LADA.